Paten langsir sekarang ni kebanyakannya ringkas-ringkas je tapi tetap boleh bagi impak yang memukau. Apa yang perlu cuma kreativiti memadankan satu fabrik dengan fabrik yang lain untuk menghasilkan langsir yang menarik. Sesuai untuk mereka yang sukakan yang ringkas. Macam salah seorang klien saya ni, Pn Hamidah, yang meminta saya menjahit langsir dengan fabrik daripada tiga warna yang akhirnya memberi kesan menarik dan ceria kepada rumah beliau tanpa paten yang sarat.
Bard Ketampi Curtain Shop (BKCS)adalah sebuah kedai yang menawarkan rangkaian koleksi langsir yang menarik dengan harga berpatutan sesuai dengan citarasa kini.Daripada menjahit langsir,sarung kerusi, sarung kusyen, pemasangan langsir serta rail dan rod, wallpaper,tempahan pakaian lelaki dan wanita, alteration, semuanya boleh anda dapati di BKCS.Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut berkenaan produk, sebut harga (quotation) dan tempahan sila call: 017-7777942 atau e-mail.
Monday, October 11, 2010
Ringkas Tapi Menarik
Paten langsir sekarang ni kebanyakannya ringkas-ringkas je tapi tetap boleh bagi impak yang memukau. Apa yang perlu cuma kreativiti memadankan satu fabrik dengan fabrik yang lain untuk menghasilkan langsir yang menarik. Sesuai untuk mereka yang sukakan yang ringkas. Macam salah seorang klien saya ni, Pn Hamidah, yang meminta saya menjahit langsir dengan fabrik daripada tiga warna yang akhirnya memberi kesan menarik dan ceria kepada rumah beliau tanpa paten yang sarat.
Sunday, October 10, 2010
Tali Ikat Langsir (Tassels)





Curtain Holdbacks (Cangkuk Tali Ikat Langsir)

Aksesori langsir juga penting untuk melengkapkan penampilan sesuatu dekorasi langsir. Curtain holdback ni adalah cangkuk yang diperlukan untuk mencangkuk tali ikat langsir. Di sebelah adalah pelbagai jenis curtain holdback yang menarik dan berkualiti yang diimport dari Spain dengan harga yang berpatutan yang boleh didapati dari BKCS. Tengok-tengok la dulu ye. Kalau ada yang berkenan jangan segan-segan untuk call saya.
Saturday, October 9, 2010
Sunday, July 4, 2010
Bilik Tidur Pun Perlu Diberi Perhatian


Langsir berwarna putih jika dipadankan dengan cadar dan cat putih juga nampak suci dan menawan. Ia simple dan cantik dan menjadi antara pilihan masa kini. Buat pengetahuan semua, banyak pilihan kain-kain langsir berwarna putih terdiri daripada pelbagai jenis fabrik ada dijual di kedai-kedai kain dengan harga yang berpatutan yang boleh dijadikan langsir yang cantik.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan paten langsir, sebut harga, produk dan tempahan sila e-mail ke bardketampi@yahoo.com atau call 017-7777942.
Langsir Untuk Pelbagai Tujuan


Wednesday, June 30, 2010
Langsir Boleh Menjadikan Tingkap Kelihatan Lebih Besar & Menarik


Roman Blinds
Ini pula paten yang dikenali sebagai roman blind ataupun bidai roman. Walaupun dah lama paten ni wujud tapi sejak kebelakangan ni ia jadi pilihan di negara kita. Paten ni juga ringkas tetapi menarik. Ia bukan saje boleh
digunakan on its own tapi boleh juga dipasangkan dengan langsir lain. Paten ni antara paten yang jadi kegemaran saya. Untuk sebut harga dan tempahan sila e-mail saya di: bardketampi@yahoo.com


Eyelet; Ringkas Tapi Menarik
Eyelet ni salah satu paten citarasa kini sebab orang sekarang lebih suka pada benda-benda simple. Tapi simple pun tetap menarik. Bak kata orang putih; less is more.Pemilihan fabrik pun penting. Kalau beli yang mahal biasanya cantik tapi perlu diingat, kalau kita pandai, fabrik yang murah pun boleh nampak cantik. Terpulang pada bajet kita la. Tapi jangan ingat bajet sikit tak boleh hasilkan hiasan tingkap yang menarik.

Monday, June 28, 2010
Langsir yang simple tapi tetap menarik
Kombinasi warna juga memainkan peranan untuk nampakkan sesuatu ruang tu lebih menarik. Bila ruang dirumah kita cantik dipandang, kita akan rasa lebih tenang bila berada di rumah lebih-lebih lagi selepas seharian penat bekerja di luar. Jadi,untuk mengindahkan lagi kediaman anda,anda bolehlah menghubungi saya untuk tempahan langsir yang bersesuaian dengan citarasa dan kediaman anda.

Masih baru....
Buat pengetahuan pengunjung blog, blog ni baru lagi saya create. Jadi masih banyak lagi kekurangannya. Belum sempat lagi nak upload paten-paten langsir yang lain. Bz sangat sekarang ni. Kena la bagi-bagi masa antara show Kenali ASTRO Johor, buat lirik lagu komedi dengan menjahit dan keje-keje lain. Tapi camne pun saya akan usahakan untuk update blog ni dengan upload lebih banyak lagi paten-paten langsir untuk tatapan semua.Kesudian semua mengunjungi blog ni amatlah saya hargai. Terima kasih ye.Saaaayang anda semua sampai kiamat. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)