Monday, October 11, 2010

Ringkas Tapi Menarik







Paten langsir sekarang ni kebanyakannya ringkas-ringkas je tapi tetap boleh bagi impak yang memukau. Apa yang perlu cuma kreativiti memadankan satu fabrik dengan fabrik yang lain untuk menghasilkan langsir yang menarik. Sesuai untuk mereka yang sukakan yang ringkas. Macam salah seorang klien saya ni, Pn Hamidah, yang meminta saya menjahit langsir dengan fabrik daripada tiga warna yang akhirnya memberi kesan menarik dan ceria kepada rumah beliau tanpa paten yang sarat.


Sunday, October 10, 2010

Tali Ikat Langsir Lagi (More Tassels)


Sebarang pertanyaan atau tempahan call saya di no: 017-7777942.

Tali Ikat Langsir Lagi (More Tassels)
















Tali Ikat Langsir (Tassels)











Tali ikat langsir ataupun tassels mempunyai pelbagai rekabentuk dan warna yang menarik. Ia merupakan salah satu aksesori langsir yang penting yang digunakan untuk mengikat langsir anda. Walaubagaimanapun, ada juga yang suka menggunakan tali ikat langsir yang dibuat dari fabrik yang sama dengan fabrik langsir. Apapun,terpulanglah pada anda. Tepuk dada tanyalah selera. Di sini saya uploadkan gambar-gambar sebahagian daripada banyak lagi himpunan tassels yang menawan yang boleh anda order dari BKCS.




Curtain Holdbacks (Cangkuk Tali Ikat Langsir)



Aksesori langsir juga penting untuk melengkapkan penampilan sesuatu dekorasi langsir. Curtain holdback ni adalah cangkuk yang diperlukan untuk mencangkuk tali ikat langsir. Di sebelah adalah pelbagai jenis curtain holdback yang menarik dan berkualiti yang diimport dari Spain dengan harga yang berpatutan yang boleh didapati dari BKCS. Tengok-tengok la dulu ye. Kalau ada yang berkenan jangan segan-segan untuk call saya.

Saturday, October 9, 2010

Rod Besi (Metal Rod)

Di atas ni pula senarai harga rod besi bersama-sama pelbagai jenis end cap untuk tatapan anda.

Rod Kayu (Wooden Rod)

Di atas adalah senarai harga rod kayu yang berkualiti yang anda boleh dapatkan di BKCS.

Sunday, July 4, 2010

Bilik Tidur Pun Perlu Diberi Perhatian

Selain ruang tamu,bilik tidur juga merupakan ruang penting dan istimewa bagi kita kerana ia adalah tempat kita beristirehat dan melelapkan mata. Malah ia juga merupakan ruang peribadi kita. Jadi, keindahan dan ketenangan bilik tidur tidak harus diambil mudah walaupun ia biasanya tidak dilihat oleh tetamu yang berkunjung ke rumah. Pemilihan fabrik dan paten langsir boleh disesuaikan dengan konsep dan bajet anda. Sekali lagi saya nak ingatkan, keindahan kediaman kita tidak hanya bergantung kepada langsir yang mahal harganya cuma kita perlu bijak menyesuaikan warna, fabrik dan paten langsir bersesuaian dengan konsep dan padankan langsir anda dengan upholsteri lain dalam rumah anda seperti sarung kusyen mahupun cadar atau hiasan lain bagi menghasilkan efek yang menawan.

Langsir berwarna putih jika dipadankan dengan cadar dan cat putih juga nampak suci dan menawan. Ia simple dan cantik dan menjadi antara pilihan masa kini. Buat pengetahuan semua, banyak pilihan kain-kain langsir berwarna putih terdiri daripada pelbagai jenis fabrik ada dijual di kedai-kedai kain dengan harga yang berpatutan yang boleh dijadikan langsir yang cantik.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan paten langsir, sebut harga, produk dan tempahan sila e-mail ke bardketampi@yahoo.com atau call 017-7777942.

Langsir Untuk Pelbagai Tujuan

Langsir membantu mencipta suasana yang berlainan untuk kediaman anda. Samada ia formal, tak formal, terang atau gelap itu terpulang kepada jenis langsir yang anda gunakan. Kalau dulu langsir hanya digunakan sebagai penghadang cahaya, kini ia juga digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya sebagai dekorasi kediaman. Apapun tujuan anda, kami sedia memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan untuk anda. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila e-mail ke bardketampi@yahoo.com atau hubungi 017-7777942.

Wednesday, June 30, 2010

Langsir Boleh Menjadikan Tingkap Kelihatan Lebih Besar & Menarik

Selain memberi efek kepada sesuatu ruang, langsir boleh mencipta ilusi bagi ruang tersebut. Langsir boleh menampakkan tingkap lebih tinggi, besar dan luas dengan memasang trek melebihi ukuran tingkap. Langsir juga boleh menggantikan feature wall. Hasilnya, ruang nampak lebih menarik. Kita cuma perlukan sedikit kreativiti.

Roman Blinds

Ini pula paten yang dikenali sebagai roman blind ataupun bidai roman. Walaupun dah lama paten ni wujud tapi sejak kebelakangan ni ia jadi pilihan di negara kita. Paten ni juga ringkas tetapi menarik. Ia bukan saje boleh digunakan on its own tapi boleh juga dipasangkan dengan langsir lain. Paten ni antara paten yang jadi kegemaran saya. Untuk sebut harga dan tempahan sila e-mail saya di: bardketampi@yahoo.com

Eyelet Lagi


Eyelet; Ringkas Tapi Menarik

Eyelet ni salah satu paten citarasa kini sebab orang sekarang lebih suka pada benda-benda simple. Tapi simple pun tetap menarik. Bak kata orang putih; less is more.Pemilihan fabrik pun penting. Kalau beli yang mahal biasanya cantik tapi perlu diingat, kalau kita pandai, fabrik yang murah pun boleh nampak cantik. Terpulang pada bajet kita la. Tapi jangan ingat bajet sikit tak boleh hasilkan hiasan tingkap yang menarik.

Monday, June 28, 2010

Langsir yang simple tapi tetap menarik

Kombinasi warna juga memainkan peranan untuk nampakkan sesuatu ruang tu lebih menarik. Bila ruang dirumah kita cantik dipandang, kita akan rasa lebih tenang bila berada di rumah lebih-lebih lagi selepas seharian penat bekerja di luar. Jadi,untuk mengindahkan lagi kediaman anda,anda bolehlah menghubungi saya untuk tempahan langsir yang bersesuaian dengan citarasa dan kediaman anda.

Masih baru....

Buat pengetahuan pengunjung blog, blog ni baru lagi saya create. Jadi masih banyak lagi kekurangannya. Belum sempat lagi nak upload paten-paten langsir yang lain. Bz sangat sekarang ni. Kena la bagi-bagi masa antara show Kenali ASTRO Johor, buat lirik lagu komedi dengan menjahit dan keje-keje lain. Tapi camne pun saya akan usahakan untuk update blog ni dengan upload lebih banyak lagi paten-paten langsir untuk tatapan semua.Kesudian semua mengunjungi blog ni amatlah saya hargai. Terima kasih ye.Saaaayang anda semua sampai kiamat. :)