Saturday, March 26, 2011

Foto Kedai Jahitan BHS

Dah lama rasanya tak upload info tentang Kedai Jahit BHS sebab sibuk sikit dengan urusan harian dan show hujung minggu. Ada masa sikit ni saya gunakan untuk upload sikit gambar-gambar kedai saya. Senang-senang singgahlah. Kedai saya bukan hanya ada menyediakan khidmat jahitan langsir je tapi juga jahitan pakaian lelaki dan perempuan. Fabrik untuk langsir pun ada. Kalau nak bawak fabrik langsir sendiri pun boleh je. Kalau nak alter baju atau seluar pun boleh. Nak wallpaper pun ada. Langsir dan wallpaper tu siap dengan service pemasangan sekali tau.

Antara katalog fabrik


Satu sudut di BHS



Rasanya ni la empunya kedai jahit BHS. Bard Ketampi nama dia.. ;p



Ruang santai dan lepak2 di BHS. Sambil lepak leh la cuci mata tengok2 katalog



Satu lagi ruang lepak di BHS. Thanks to Masbun Raja Lawak atas bantuan beliau dalam kerja-kerja renovation kedai BHS ni.

Friday, March 25, 2011

Raja Lawak Musim 5

Gambar ihsan Syem Raja Lawak :)

Amir I'm Sorry bersama penyokong-penyokong Man; Juara Raja Lawak Musim 5.

Amir sempat bergaya macho berhampiran pintu masuk SACC.

Saya dan Ami Ketampi menghadirkan diri di final Raja Lawak 5


Ketampi sebelum bermulanya acara



Ketampi lagi...Thanks syem for the photos




Friday, March 18, 2011

Agro Challenge MAHA 2010

MAHA 2010 dah pun lama berlalu tapi tak lama lagi Agro Challenge sempena MAHA 2010 akan mula disiarkan di ASTRO Prima Channel 105. Kalau tak ada aral melintang, rancangan ala2 amazing race (tangkap itik...hehe) 13 episod ni akan bermula pada 27hb Mac 2011.Setiap Ahad jam 6 p.m. Jangan tak tengok tau...rugi kalau tak tengok. Boleh tengok gelagat peserta-peserta bersaing merebut title juara sambil tengok tempat-tempat pertanian yang menarik sekitar Selangor dan Pahang. Sokong la aktiviti pertanian negara. Bagi yang minat bertani,jangan lupa, pertanian adalah perniagaan. Jadi buat la betul2 ye.

Peserta bergambar beramai-ramai.Tetap tersengih walaupun kepenatan.



Antara rakan-rakan artis yang join Agro Challenge ASTRO; dari kiri Azmi Ketampi, saya, Rubisa AF,Fira Mentor,Am Ketampi dan Yazid AF.


Saya dan Arin Raja Lawak tengah belasah tebu ketika di sebuah ladang tebu akibat kelaparan.



Sesi penyampaian hadiah. Kelihatan semuanya tersenyum riang.


Saya dan Ms. Rabbit. Comelkan?


Agro Challenge menyokong aktiviti pertanian negara.







Makanan di Kuching Sarawak






Sebelum Chinese New Year aritu sempat la ke Kuching Sarawak. Tu pun atas urusan keje. Jadi tak sempat la nak ke mana-mana sangat pun.Pusing-pusing la dalam bandar Kuching tu. Tak tau nak makan apa,singgah la kat kedai makan kat bandar Kuching tu. Sempat la try 2 jenis makanan orang Sarawak. Yang atas sekali tu nama dia linut iaitu sejenis makanan yang berkanji yang dibuat daripada sagu. Dimakan dengan sambal.Rasa dia? Tu kena rasa sendiri la. Lain orang lain seleranya. Yang bawah tu pulak mee kolok. Rasanya kat semenanjung selalu nampak gak la mee kolok ni. Ha gambar bawah sekali tu bukan makanan tapi gambar saya dengan si kucing kat Kuching tu.



Kedai Jahitan Langsir dan Pakaian BHS

Hai semua, ni la kedai saya. Kedai ni baru je dibuka di Taman Setia Tropika. Kira ni la my newborn baby. Banyak yang kena diberi perhatian.Camnepun yg penting ialah sokongan semua. Jadi,sila la datang ye.Nak tempah langsir ke,baju pempuan ke,baju lelaki ke,uniform ke, nak ubahsuai pun ada. Kedai saya ada juga menjual fabrik dan aksesori langsir. Outdoor dan indoor blind serta wallpaper pun ada.Sume yang berkualiti dengan special price. Singgahlah ke kedai saya di 4-01 Jalan Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru. Ada pape nak tanya call je 07-2377942 @ 017-7777942.