Wednesday, October 3, 2012

Candy Buffet & Chocolate Fountain

Entry kali ni nak cite pasal candy buffet dan chocolate fountain. Coklat ni kalau pekena dengan marshmallow,pergh...sedaaap...nyum nyum...dengan buah2an pun best...



Bukan budak-budak je suka candy ni...mak bapak budak pun suka gak....tapi meriah la kalau sesuatu event tu ada candy buffet ni...meriah...

Jadi,kalau ada sape2 yang berminat nak kan service candy buffet untuk apa2 event, call la saya untuk quotation ye. Kalau rajin nak handle sendiri,nak sewa jar dan chocolate fountain pun boleh.Yang penting majlis korang sweet dengan adanya candy buffet ni.

Saturday, February 18, 2012

Langkawi 2012 - A Review

Kali ni rasanya nak cite skit la pasal jenjalan kat Langkawi tahun 2012 ni. Tak de la nak cite banyak tapi just nak kongsi pengalaman perjalanan jek. Sebab post pasal tempat2 menarik di Langkawi ni memang dah banyak kat blog2 lain. Cuma post saya ni basically nak share pasal harga untuk tahun 2012 la.



Hari kedua kat Langkawi kitorang gi Island Hopping yang mana kitorang dibawa pusing2 3 pulau dengan menaiki bot iaitu Pulau Dayang Bunting, Singa Besar kalau tak silap, dan Pulau Beras Basah dengan bayaran Rm30 seorang. Kalau gi Langkawi tak join Island Hopping ni kira tak sah la. Kalau nak mandi manda kat Tasik Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah, standby la pakaian untuk mandi. Tak yah pakai smart2 sangat. Pakej ni leh dapat daripada mana2 kaunter travel & tour kat Jeti Kuala Kedah lagi dan juga Jetty Point Langkawi kalau naik feri la.




Ni pulak cabin tempat kitorang menginap kat Langkawi. Namanya Casa Fina Fine Homes Hotel. Rate dia murah jek tapi tempat dia cantik dan servis dia memang best. Satu hari cuma RM138 je.Kat garden dia siap ada vending machine untuk kita refill air panas dan sejuk. Percuma jek. Kawasan cabin ni memang dijaga dengan baik. Bilik pun dibersihkan hari2. Saje teringin nak rasa stay kat cabin. Ada verandah leh lepak2. Hotel ni kat area Pantai Cenang dan Pantai Cenang merupakan kawasan yang paling happening la kat Langkawi lebih2 lagi waktu malam. Banyak restoran2 untuk menyantaikan diri. Cenang ke Kuah pun tak de la jauh sangat. Lagi pun Langkawi tak jem. Jadi tak de masalah la kalau nak drive ke pekan Kuah dari Cenang untuk shopping.


Kalau pegi Langkawi tak naik feri rasa macam tak best la plak. Dari jeti Kuala Kedah cuma RM23 je sorang. Makan masa lebih kurang 1 jam 40 minit kalau tak silap.Ferinya pun selesa. Jadi tak de la timbul masalah mabuk laut. Tapi kalau nak standby gak pil mabuk laut, leh beli Veloxin kat farmasi. Feri ada dari Kuala Perlis dan Penang gak. Tengok la kesesuaian arah dan jadual kita sebab kalau feri dari Penang jadualnya cuma 2 kali je sehari. Jadi kalau terlepas, lama la nak tunggu. Feri dari Kuala Perlis ke Langkawi lak RM17 kot manakala dari Penang RM60.


Dari Senai, Johor Bahru, kitorang naik Air Asia ke Bayan Lepas,Penang...maklum la, kini sume orang leh terbang la katakan..hehe. Pastu kalau nak murah,naik bas Rapid Penang dari Penang Airport ke Terminal Bas Sungai Nibong untuk ambik bas ekspress ke Alor Star. Tapi kat Sg Nibong bas ke Alor Star sangat terhad. Kalau nak banyak bas leh gi Terminal Bas Ekspress Butterworth. Kat situ setiap 1/2 jam ada bas ke Alor Star dengan tambang RM9 lebih je sorang (Butterworth-Alor Star ambik masa 2 jam setengah kot...lupa dah). Tapi tak tau ada tak bas Rapid ke Butterworth dari airport. Leh tanya kat Master Rapid Penang kat bus stop tu la. Kitorang aritu ambik cab kat Sg Nibong ke Butterworth kena charge RM50. Kalau nak lagi mudah, ambik cab je terus ke Jeti Kuala Kedah dangan tambang RM180 (ni cab biasa dari Sungai Nibong. Kalau cab airport tak tau plak bape. Tapi ambik airport cab ke Sg Nibong will cost you RM40). Bila dah sampai Terminal Bas Shahab Perdana Alor Star, kena ambik cab lak ke Jeti Kuala Kedah dengan tambang RM20. Tapi sebelum tu gi la isi perut dulu kat atas terminal Shahab Perdana. Ada kedai nasi campur murah giler dan sedap. Paling best daging air asam :p~ sebab bila dah sampai Langkawi dah tak dak makanan murah lagi..hehe.



Pandangan peribadi saya:



Kalau nak selesa, lebih baik drive dr JB terus ke Kuala Kedah. Parking la kete kat Jeti Kuala Kedah. Bayar dalam RM10 kot sehari (kurang pasti; ni Pakcik Teksi Alor Star yang cakap). Senang; ikut sukati kita bila nak gerak...nak singgah solat yang utama, nak simpan barang2 dan nak makan2 pun senang...hehe. Ni bagi saya yang tak suka naik public transport la. Bagi orang2 yang lasak dan tak mudah penat, ok je kalau naik flight, bas dan feri. Dapat rasa naik transport udara, darat dan air..hehe.



Atau leh gak naik flight dari Singapore terus ke Langkawi. Ni untuk orang2 JB la. Tak yah susah2 ambik byk transport.



Kat Langkawi makanan dan minuman boleh dikatakan mahal. JB yang ramai orang Singapore pun tak mahal macam Langkawi (kecuali chocolate ye). Kalau nak makan seafood rasanya tak yah la kot...bagi saya tak berbaloi la. Masakan pun tak berapa sedap macam kat luar Langkawi. Kat Langkawi kitorang makan seafood untuk 2 orang kat Restoran Nelayan RM92, kat The Shrimpz RM138 dan dekat2 dengan Kuah Jetty RM48 (sikit je makanannya) tapi tak leh lawan Senibong JB la...hehe. Tapi kalau nak try gak apa salahnya...bercutikan...



Teksi2 kat area Penang dan Kedah tak pakai meter. Bagi saya macam mahal je. Tapi ntah la ek.Samada yang saya naik je tak de meter atau memang camtu. Marah lak driver2 teksi kat saya nanti... :p



Informasi yang mungkin berguna:



Casa Fina Fine Homes Hotel : +604-9533555 (leh try google gak for website)


Island Hopping Package : En Zaini daripada Lets Go Vacation Sdn Bhd, H/P: 019-5531402


Kereta Sewa : Pun leh sewa daripada En. Zaini seperti di atas (Tapi saya sewa daripada En. Azman daripada Rojam Travel & Tours kat Jeti Kuah lebih kurang la nama company dia sebab resit dah pulang masa ambik deposit :). Saya dapat sewa kereta Wira 1.5 dengan harga RM56/hari. Pada saya murah la sebab aircond sejuk dan radio ok.selesa la).

* Tapi sila ambik maklum, percutian saya bukan pada hari cuti umum (peak season) ye.


Sekian la post pasal Langkawi ni...hopefully boleh membantu serba sedikit lebih2 lagi buat orang2 JB yang nak ke Langkawi.