Sunday, July 4, 2010

Bilik Tidur Pun Perlu Diberi Perhatian

Selain ruang tamu,bilik tidur juga merupakan ruang penting dan istimewa bagi kita kerana ia adalah tempat kita beristirehat dan melelapkan mata. Malah ia juga merupakan ruang peribadi kita. Jadi, keindahan dan ketenangan bilik tidur tidak harus diambil mudah walaupun ia biasanya tidak dilihat oleh tetamu yang berkunjung ke rumah. Pemilihan fabrik dan paten langsir boleh disesuaikan dengan konsep dan bajet anda. Sekali lagi saya nak ingatkan, keindahan kediaman kita tidak hanya bergantung kepada langsir yang mahal harganya cuma kita perlu bijak menyesuaikan warna, fabrik dan paten langsir bersesuaian dengan konsep dan padankan langsir anda dengan upholsteri lain dalam rumah anda seperti sarung kusyen mahupun cadar atau hiasan lain bagi menghasilkan efek yang menawan.

Langsir berwarna putih jika dipadankan dengan cadar dan cat putih juga nampak suci dan menawan. Ia simple dan cantik dan menjadi antara pilihan masa kini. Buat pengetahuan semua, banyak pilihan kain-kain langsir berwarna putih terdiri daripada pelbagai jenis fabrik ada dijual di kedai-kedai kain dengan harga yang berpatutan yang boleh dijadikan langsir yang cantik.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan paten langsir, sebut harga, produk dan tempahan sila e-mail ke bardketampi@yahoo.com atau call 017-7777942.

Langsir Untuk Pelbagai Tujuan

Langsir membantu mencipta suasana yang berlainan untuk kediaman anda. Samada ia formal, tak formal, terang atau gelap itu terpulang kepada jenis langsir yang anda gunakan. Kalau dulu langsir hanya digunakan sebagai penghadang cahaya, kini ia juga digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya sebagai dekorasi kediaman. Apapun tujuan anda, kami sedia memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan untuk anda. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila e-mail ke bardketampi@yahoo.com atau hubungi 017-7777942.