Wednesday, June 30, 2010

Langsir Boleh Menjadikan Tingkap Kelihatan Lebih Besar & Menarik

Selain memberi efek kepada sesuatu ruang, langsir boleh mencipta ilusi bagi ruang tersebut. Langsir boleh menampakkan tingkap lebih tinggi, besar dan luas dengan memasang trek melebihi ukuran tingkap. Langsir juga boleh menggantikan feature wall. Hasilnya, ruang nampak lebih menarik. Kita cuma perlukan sedikit kreativiti.

Roman Blinds

Ini pula paten yang dikenali sebagai roman blind ataupun bidai roman. Walaupun dah lama paten ni wujud tapi sejak kebelakangan ni ia jadi pilihan di negara kita. Paten ni juga ringkas tetapi menarik. Ia bukan saje boleh digunakan on its own tapi boleh juga dipasangkan dengan langsir lain. Paten ni antara paten yang jadi kegemaran saya. Untuk sebut harga dan tempahan sila e-mail saya di: bardketampi@yahoo.com

Eyelet Lagi


Eyelet; Ringkas Tapi Menarik

Eyelet ni salah satu paten citarasa kini sebab orang sekarang lebih suka pada benda-benda simple. Tapi simple pun tetap menarik. Bak kata orang putih; less is more.Pemilihan fabrik pun penting. Kalau beli yang mahal biasanya cantik tapi perlu diingat, kalau kita pandai, fabrik yang murah pun boleh nampak cantik. Terpulang pada bajet kita la. Tapi jangan ingat bajet sikit tak boleh hasilkan hiasan tingkap yang menarik.

Monday, June 28, 2010

Langsir yang simple tapi tetap menarik

Kombinasi warna juga memainkan peranan untuk nampakkan sesuatu ruang tu lebih menarik. Bila ruang dirumah kita cantik dipandang, kita akan rasa lebih tenang bila berada di rumah lebih-lebih lagi selepas seharian penat bekerja di luar. Jadi,untuk mengindahkan lagi kediaman anda,anda bolehlah menghubungi saya untuk tempahan langsir yang bersesuaian dengan citarasa dan kediaman anda.

Masih baru....

Buat pengetahuan pengunjung blog, blog ni baru lagi saya create. Jadi masih banyak lagi kekurangannya. Belum sempat lagi nak upload paten-paten langsir yang lain. Bz sangat sekarang ni. Kena la bagi-bagi masa antara show Kenali ASTRO Johor, buat lirik lagu komedi dengan menjahit dan keje-keje lain. Tapi camne pun saya akan usahakan untuk update blog ni dengan upload lebih banyak lagi paten-paten langsir untuk tatapan semua.Kesudian semua mengunjungi blog ni amatlah saya hargai. Terima kasih ye.Saaaayang anda semua sampai kiamat. :)